PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM “BERIMAN KEPADA RASUL”
(Penyelia : Dr. Abdul Halim Tamuri)
(2003)
ZAINAH RAMLI
ABSTRAK
Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PBK) bertajuk “Beriman Kepada Rasul” adalah sesuai untuk mata pelajaran Pendidikan Islam menengah rendah. Tujuan perisian ini dibina ialah untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya bertajuk “Beriman Kepada Rasul”. Perisian ini dibangunkan menggunaan perisian Front Page 2000. penggunaan teknologi multimedia telah digabungkan di dalam perisian ini seperti teks, animasi, grafik dan bunyi untuk menghasilkan perisian yang berkesan, menarik, bersifat interaktif dan mesra pengguna. Isi kandungan perisian adalah disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendekatan Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) ini menggunakan kaedah tutorial, pandang dengar (audio visual), ulangan, bercerita-cerita teladan dan latih tubi. Reka bentuk pembangunan perisian pula menggunakan model ASSURE. Penilaian penggunaan perisian ini telah dijalankan ke atas dua golongan sasaran utama iaitu guru dan murid di sekolah pengkaji bertugas iaitu di daerah Sepang, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa perisian ini adalah sesuai dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam dan juga sebagai bahan pengayaan dan pengukuhan. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk membina perisian yang lebih baik kepada pembangun-pembangun perisian di masa akan datang.