|
|
KOLEKSI PENYELIDIKAN |
|
| |
|
|
PENILAIAN PELAJAR-PELAJAR TERHADAP AMALAN
PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA
(baru) |
|
| |
|
|
Oleh; |
|
|
PROF. MADYA DR. AB. HALIM TAMURI, DR. MOHD ADERI
CHE NOH, KHADIJAH ABDUL RAZAK, DR. KAMARULZAMAN
ABDUL GHANI DAN TUAN HAJI ZARIN BIN ISMAIL |
|
| |
|
|
Abstrak; |
|
| |
|
|
Tujuan utama kajian ini ialah untuk membentang
kajian yang berkaitan dengan penilaian
pelajar-pelajar terhadap amalan pengajaran guru
pendidikan Islam mereka di sekolah. Kajian ini
adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan satu
set borang soal selidik yang diedarkan kepada
pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah.
Amalan-amalan pengajaran guru dalam kajian ini
diasaskan kepada lima domain iaitu Muddaris,
Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim. Kajian
ini melibatkan seramai 3166 orang pelajar
daripada sekolah-sekolah menengah di enam buah
negeri, iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Melaka,
Johor dan Sarawak. Pemilihan negeri ini adalah
untuk mendapatkan sampel yang mewakili pelbagai
kawasan dan latar belakang di Malaysia. Pada
asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian
dilakukan dengan menggunakan kaedah multistage
cluster sampling. Dapatan secara keseluruhan
kajian ini menunjukkan bahawa min bagi domain
Mudarris ialah 3.75, Muaddib 4.24, Murabbi 4.01,
Murshid 3.94 dan Muallim 3.94. |
|
| |
|
|
HUBUNGAN MEDIA MASSA DENGAN PEGANGAN AKHLAK DAN
PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM |
|
| |
|
|
Oleh; |
|
|
DR. AB. HALIM BIN TAMURI & ZARIN BIN ISMAIL |
|
| |
|
|
Abstrak; |
|
|
|
|
|
Kewujudan bahan-bahan negatif daripada media
massa sama ada dalam atau luar negera melalui
akhbar, hiburan, VCD, DVD, TV, radio dan
internet telah menimbulkan pelbagai masalah yang
begitu serius kepada perkembangan remaja Islam
masa kini. Hasil daripada perkembangan dan
kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang
sempurna, kesan dan pengaruh media massa bukan
sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar,
malah ianya turut melibatkan golongan remaja di
kawasan luar bandar. Tujuan utama kertas kerja
ini adalah untuk membincangkan satu kajian yang
telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar
Islam di Daerah Sabak Bernam, Selangor. Objektif
kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap
pendedahan media massa di kalangan pelajar,
mengenal pasti tahap minat mereka terhadap
jenis-jenis kandungan dalam media massa dan
menganalisis hubungan antara pendedahan media
massa, tahap minat pelajar terhadap kandungan
media massa dan pegangan nilai akhlak mereka.
Kajian ini telah menggunakan satu set borang
soal selidik dan kajian telah melibatkan seramai
398 orang pelajar Tingkatan 4 di Daerah Sabak
Bernam. |
|
| |
|
| |
|
|
KAJIAN KE ATAS ASPIRASI, NILAI DIRI, HALANGAN
DAN KEPERLUAN PELAJAR-PELAJAR FAKIR MISKIN DI
NEGERI SELANGOR: SATU TINJAUAN AWAL DI DAERAH
SABAK BERNAM |
|
| |
|
|
oleh; |
|
|
PROF. MADYA DR. ZURIA MAHMUD, DR. AB. HALIM
TAMURI & EN. SAFANI BARI |
|
| |
|
|
Abstrak; |
|
|
Tujuan utama tinjauan awal ini adalah untuk
mendapatkan maklumat-maklumat umum yang wujud
serta mengenalpasti permasalahan sebenar yang
dihadapi oleh pelajarpelajar dari golongan fakir
miskin. Beberapa objektif kajian telah
ditetapkan iaitu untuk :mengenalpasti aspirasi
yang ingin dicapai oleh pelajar-pelajar fakir
miskin, mengkaji nilai-nilai yang wujud
dikalangan pelajar-pelajar fakir miskin.
mengenalpasti bentukbentuk halangan yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan
mengenalpasti bentuk keperluan-keperluan yang
sesuai untuk pelajar-pelajar ini. Kajian ini
adalah satu tinjauan (survey) yang bertujuan
untuk mengkaji permasalahan sebenar yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar dari golongan
fakir miskin di negeri Selangor. seramai 42
orang pelajar-pelajar Tingkatan 5 (termasuk 1
pelajar Tingkatan 4) telah dipilih dalam kajian
ini. 23 orang pelajar adalah terdiri daripada
golongan pelajar fakir miskin yang tinggal
diluar kawasan Desa Kasih manakala 19 orang
pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar yang
tinggal di tiga buah Desa Kasih Pusat Zakat
Selangor. Dua instrumen telah dibina dan
digunakan dalam kajian ini iaitu borang soal
selidik pelajar dan protokol temubual. Data-data
yang diperolehi melalui borang soal akan
dianalisa dengan menggunakan program SPSS for
Windows (Version 11.0) manakala bagi tembual
pula penyelidik telah menjalankan tiga tahap
penganalisaan data secara kualitatif. Walaupun
pelajar fakir miskin di Malaysia mempunyai
banyak masalah kewangan, tetapi peserta-peserta
dalam kajian ini mempamerkan aspirasi yang sihat,
serta nilai yang positif. Apa yang ketara
menjadi penghalang kepada aspirasi
pelajar-pelajar miskin ini adalah caragaya hidup
mereka seperti menonton televisyen, berbual
kosong dan memperuntukkan masa yang sangat
sedikit untuk mengulangkaji, menyiapkan kerja
rumah, ataupun membaca bacaan berunsur akademik,
kerohanian, maupun pengetahuan am.. Dengan
bimbingan yang sesuai kepada pelajar dan
keluarga mereka, pelajar-pelajar ini tidak perlu
mewarisi kesempitan kehidupan seperti yang
dilalui oleh keluarga mereka. |
|
| |
|
| |
|
|
FUNGSI SURAU DAN KEBERKESANANNYA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM:
SATU KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI
SELANGOR |
|
| |
|
|
oleh; |
|
DR. AB. HALIM TAMURI, SHAHRIN BIN AWALUDDIN &
PROF. MADYA DR. TAJUL ARIFFIN BIN NORDIN |
| |
|
|
Abstrak; |
|
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji
fungsi surau di sekolah dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini adalah
berbentuk exploratory research yang bertujuan
untuk mencari maklumat tentang keadaan dan
penggunaan surau-surau sekolah. Secara lebih
terperinci, kajian adalah untuk meninjau tahap
penggunaan surau-surau sekolah berdasarkan
kepada persepsi pelajar-pelajar dan guru-guru;
mengkaji tahap keperluan fizikal dan kemudahan
prasarana surau-surau di sekolah; mengenal pasti
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di
surau-surau sekolah, mengenal pasti sama ada
wujud perbezaan penggunaan surau dari aspek
jantina, jenis sekolah, aliran akademik pelajar,
tahap dan latar belakang pendidikan serta lokasi
sekolah; mengkaji penglibatan warga sekolah di
dalam aktiviti surau sekolah; dan untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan penggunaan
surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. Tiga jenis instrumen telah
digunakan untuk kajian ini iaitu borang soal
selidik pelajar, protokol temubual guru dan
senarai semak surau. Kajian ini telah melibatkan
523 pelajar-pelajar tingkatan empat dan 14 orang
guru-guru pendidikan Islam dari 17 buah
sekolah-sekolah di negeri Selangor. 19 buah
surau sekolah juga telah dikaji oleh penyelidik.
Majoriti pelajar berpendapat aktiviti yang
dijalankan di surau sekolah telah memberikan
sumbangan yang positif terhadap pembangunan diri
mereka khususnya dari aspek emosi, rohani dan
intelektual sertadalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Dapatan kajian
juga menunjukkan faktor jantina, lokasi sekolah
dan juga pendidikan di sekolah rendah agama
tidak memberi pengaruh yang signifikan. Faktor–faktor
yang memberikan kesan yang signifikan ialah
pengalaman tinggal di asrama, jenis sekolah dan
juga aliran akademik. Didapati, pelajar-pelajar
yang tinggal di asrama mempunyai persepsi yang
lebih baik berbanding dengan rakan-rakan mereka
yang tidak tinggal di asrama. Penglibatan dari
pihak pelajar, guru-guru pendidikan Islam serta
guru-guru dari bidang lain juga adalah amat baik.
Umumnya, surau-surau sekolah telah dapat
mengukuhkan aktiviti-aktiviti pengajaran
pembelajaran dan memperkembangkan potensi
kognitif, pembinaan sahsiah, kebolehan
berinteraksi dan bersosial, amalan tingkah laku
yang baik dan kesediaan untuk mempraktikkan ilmu
dalam kehidupan seharian di kalangan pelajar. |
| |
|
| |
|
|
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM KE ATAS PEMBANGUNAN DIRI
PELAJAR |
|
| |
|
|
oleh; |
|
|
DR. AB. HALIM BIN TAMURI (KETUA
PENYELIDIK), DR.
ADNAN BIN YUSOPP, DR. KAMISAH BT.
OSMAN, SHAHRIN BIN AWALUDDIN, ZAMRI BIN ABDUL
RAHIM & KHADIJAH BT. ABDUL RAZAK |
|
| |
|
|
Abstrak; |
|
|
Tujuan utama penyelidikan ialah
untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam KBSM ke
atas pembangunan diri pelajar. Kajian berbentuk
tinjauan (survey) ini telah dijalankan di
46 buah sekolah menengah di tiga buah negeri
iaitu Selangor, Perak dan Terengganu. Pada
asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian
dilakukan dengan menggunakan kaedah two-stage
random sampling yang menggabungkan
cluster sampling dan stratified random
sampling. Penyelidik telah memilih secara
rawak dua buah sekolah dari setiap daerah yang
terpilih sebagai sampel kajian. Empat instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ialah borang
soal selidik pelajar, borang soal selidik guru,
borang pemerhatian pengajaran guru dan protokol
temubual pelajar.
Bagi borang soal selidik, seramai
2140 orang pelajar Tingkatan 2 dan 5 serta 282
orang guru Pendidikan Islam terlibat dalam
kajian ini. Penyelidik juga telah menjalankan
pemerhatian pengajaran 28 orang guru pendidikan
Islam serta mengadakan temubual dengan 91 orang
pelajar. Proses pengumpulan data melalui borang
selidik telah dilakukan oleh penyelidik sendiri
dan dibantu oleh seorang pembantu penyelidik.
Data-data yang diperolehi melalui kajian ini
telah dianalisis dengan menggunakan program
SPSS for Windows (Version 11.0). Data-data
daripada borang soal selidik dan pemerhatian
telah dianalisis dengan menggunakan statistik
diskriptif seperti peratus dan frekuensi.
Beberapa ujian inferensi seperti T-Test,
Pearson’s Correlation dan ANOVA
juga digunakan untuk melihat perbezaan antara
beberapa pembolehubah bebas. Penganalisaan
secara kualitatif dan kuantitatif telah dibuat
untuk data-data yang diperolehi melalui
pemerhatian guru dan temubual pelajar-pelajar. |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
Abstrak Penyelidikan
Berkaitan Pendidikan Islam, Kementerian
Pelajaran Malaysia |
|
| |
|
|